Q A N A A H : Salah Satu Akhlak Mulia Rasulullah saw.
A. Pendahuluan
Pada suatu hari Baginda sedang beristirahat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang terbuat dari daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda saw.Kerana saat itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibnu Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu membekas di tubuh Baginda. Melihat hal tersebut, Ibn Mas`ud tersentuh dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.
